Blogger Templates

Penjagaan Arnab Hias

Panduan Penjagaan Arnab Hias

Pemakanan Arnab Hias

Penyediaan atau pemilihan diet untuk arnab hias memerlukan pengetahuan agak terperinci mengenai sistem penghazaman dan nutrisi yang diperlukan oleh arnab. Perkara paling asas perlu diingati ialah diet arnab hias tidak memerlukan kandungan gula dan protein yang tinggi atau sejumlah makanan yang banyak sebagaimana arnab pedaging. Jika anda memberikan makanan campuran yang pelbagai mengikut anggaran keperluan dietnya, pastikan arnab memakan semua makanan yang diberikan. Biasanya arnab akan memilih sendiri makanan yang digemarinya dan mengabaikan bahagian makanan yang kurang digemarinya menyebabkan ia tidak mendapat jumlah khasiat yang diperlukan. Fiber atau serat merupakan khasiat makanan yang amat penting bagi arnab supaya sentiasa sihat dan amalan penggunaan gigi arnab dengan betul.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Diet Arnab Hias Dewasa

Diet asas arnab dewasa yang sihat sepatutnya terdiri dari rumput kering beku atau rumput ternakan yang berkualiti seperti meadow hay, timothy hay, alfalfa dll bersama pelbagai sayuran segar. Diet ini perlu diperkenalkan kepada arnab secara perlahan-lahan dan hadkan makanan pelet kepada lebih kurang 2.5 oz sehari. Obesiti biasa berlaku kepada arnab hias dan mengurangkan potensi kesihatannya. Elakkan pemberian makanan yang terlalu berlebihan. Arnab memerlukan vitamin B dan bakteria sihat untuk menghazamkan makanannya. Kegagalan sistem penghazaman inilah penyebab kepada penyakit diarrhoea atau biasanya disebut cirit birit.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Diet Anak Arnab

Berikan makanan arnab (pelet) dengan kadar 2.5 - 3 oz sehari mulai usia anak arnab mencapai tiga minggu. Rumput kering beku / hay perlu sentiasa ada dengan jumlah yang tidak terhad untuk anak arnab dalam usia ini.
Hay / rumput kering beku / alfalfa sangat berpengaruh terhadap kesihatan arnab kerana kandungan fiber / roughage yang mana amat membantu dalam penghazaman, mencegah g.i.stasis dan gumpal bulu (hairballs) serta menjaga bentuk gigi arnab yang sihat. Hay / rumput kering beku / alfalfa perlu sentiasa diberikan kepada semua jenis arnab tanpa had.
Makanan (pelet) arnab mestilah sentiasa dalam keadaan baik. Menyimpan stok makanan terlalu lama (melebihi 3 bulan) akan menyebabkan kualiti makanan menurun dan kehilangan nilai khasiat makanan.
Arnab bergantung kepada populasi bakteria sihat yang stabil dalam perutnya. Perubahan diet perlu dibuat secara berkala bagi mengelakkan perubahan jenis bakteria perut yang mengejut kerana fenomena ini menyebabkan diarrhoea (cirit). Diarrhoea boleh menyebabkan kematian dalam masa yang singkat.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Air

Arnab minum tidak mengira masa. Oleh itu air perlu sentiasa mencukupi untuk arnab. Air perlu sentiasa bersih. Pastikan air minuman tidak bercampur dengan tumpahan makanan atau tinja arnab. Gunakan botol dengan niple (sipper) sebagai kemudahan membekalkan air minuman untuk arnab.
Penjagaan Gigi Arnab
Gigi arnab berbeza dengan gigi manusia. Gigi arnab setiasa bertumbuh. Masalah utama gigi arnab ialah pertumbuhan molar berlebihan dan tonjolan enamel. Fenomena ini berpunca dari diet arnab yang tidak sempurna terutamanya tidak memakan jumlah fiber yang cukup. Pemakanan bahan makanan berfiber akan mengakis permukaan gigi arnab yang sentiasa bertumbuh dan mengekalkan bentuk gigi yang sesuai.
Vaksinasi & Penjagaan Kesihatan
Penjagaan arnab sepatutnya termasuk vaksinasi cegahan VHD (Viral Haemorrhagic Disease) setiap tahun, Myxomatosis 2 tahun sekali dan rawatan kecacingan 2 kali setahun.
Vaksinasi cegahan VHD (Viral Haemorrhagic Disease) tidak boleh diberikan dalam tempoh 2 minggu daripada Myxomatosis.

-------------------------------------------------------------------------------------

Memilih Sangkar

Arnab boleh dipelihara didalam rumah dengan baik sekali. Dengan kebebasan untuk bergerak bebas didalam rumah ( pastikan ia selamat untuk arnab). Arnab amat mudah dilatih mengunakan tandas. Walaupun arnab anda mungkin tidak dikurung dan boleh bergerak bebas didalam rumah, sangkar masih dianggap sebagai sarang atau tempat selamat baginya dimana ia boleh berasa selesa dan selamat.
Terdapat berbagai jenis dan saiz sangkar dipasaran. Sama ada kecil atau besar, dan kebanyakannya berlantai jaring , yang mana mudah dibersihkan pastikan ia cukup selesa untuk arnab. Mudah dan cantik bagi anda bukan bermakna selesa bagi arnab.
Saiz dan ukuran
Seperti biasa lebih besar ada lah lebih baik. Sekiranya arnab anda kebanyakan masanya di dalam sangkar, dapatkan sangkar yang cukup besar dan praktikal dirumah. Sebagai panduan saiz sangkar sebaiknya 4 kali ganda besarnya daripada size arnab. Contohnya 24” x 36” untuk arnab seberat kurang dari 8lbs atau 30” x 36” untuk arnab yang lebih besar.
Arnab mudah untuk di “litter trained”, jadi lantai solid tidak menjadi masalah dan mudah untuk dibersihkan. Kebanyakan sangkar dipasaran mengunakan jaring dawai/besi sebagai lantai bagi tujuan mudah untuk dibersihkan. Bagaimanapun ini amat kurang selesa kepada arnab dan boleh menyebabkan masalah seperti “sores hocks”. Sekiranya anda mengunakan sangkar sebegini, pastikan anda meletakan sekeping papan atau jubin ceramic atau apa2 saje bahan lain untuk mewujudkan lantai solid bagi arnab anda berpijak. Bagi memudah kan sisa pembuangan jatuh terus ke bawah .. dicadangkan agar diletakan jaring plastic bersaiz ½”x½“ atau plastic anti gelincir yang sering digunakan di bilik mandi sebagai lantai sangkar.
Pintu sangkar hendaklah cukup luas dan lebar bagi memudahkan anda membersihkan dan juga arnab keluar masuk sangkar. Sebaiknya elakan membeli sangkar yang mengunakan pintu dari atas sangkar. Pintu di sisi adalah yang terbaik. Pastikan tidak ada besi, wayar atau dawai tajam didalam, lantai , dinding dan pintu sangkar.
Seandainya anda seorang yang kreatif dan pandai bertukang. Anda boleh membina sendiri sangkar arnab anda. Bukan saya lebih practical tetapi juga menambahkan keseronokan anda memelihara arnab.



Sangkar hendahlah selesa, boleh memuatkan ‘Toilet tray’
dan juga bekas makanan dan minuman,
sertakan juga bahan mainan agar arnab tidak bosan.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kemasan Bulu/ Grooming

Arnab adalah sejenis haiwan yang sangat pembersih, dan menghabiskan masa yang lama untuk megemas dan merapi diri. Dan ini bermakna mereka tidak perlu dimandikan , bagaimanapun menyikat atau memberus mereka boleh menghasilkan lapisan bulu yang sihat dan juga mengelakan HairBalls dari berlaku.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menyikat atau memberus

Jika arnab anda berbulu pendek, melakukan rutin menyikat dan memberus sekali seminggu adalah digalakan. Apabila tiba musim pertukaran kepada bulu yang baru (ia berlaku 3 bulan sekali), rutin yang lebih kerap adalah baik. Pada masa yang lebih teruk , sekiranya anda dihujani dengan bulu arnab atau bulu arnab berterbangan hampir keseluruhan rumah, rutin ini hendaklah dilakukan setiap hari. Harus diingat yang kulit arnab amat nipis dan sensitive, jadi berhati hati dan gunakan berus atau sikat yang dikhaskan atau sesuai untuk arnab. Mengusap bulu arnab dengan tangan yang basah juga dapat membantu membuang bulu yang gugur dan mati.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika ada memelihara baka Angora, runtin ini adalah lebih kerap. Melainkan jika anda ingin arnab anda berbulu panjang dan tebal. Kemaskan bulu arnab sehingga 1inci panjang jika tidak bulu akan mudah bergumpal dan arnab akan mengalami masalah HAIRBALLS (“wool Block’). Anda boleh melakukan sendiri atau menghantar kepada GROOMER. Harus berhati ketika mengemas dan memotong bulu arnab, kerana kulit arnab tipis dan amat mudah terluka secara tidak sengaja. Bagi tujuan ini adalah lebih baik melakukannya sejak arnab masih muda, ini membolehkan arnab lebih tenang kerana telah biasa.
Adalah digalakan melakakukan Grooming sendiri ini adalah kerana ia memberi masa yang berkualiti diantara anda dan arnab anda. Ini boleh membuatkan arnab anda lebih mesra dengan anda.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Membuang Gumpalan Bulu

Sekiranya arnab anda mempunyai gumpan bulu pada bulunya, jangan mengunakan gunting untuk membuangnyer , kerana ia amat mudah secara tidak sengaja terpotong kunit arnab tersebut. Dengan sabar dan secara lembut buang ia sedikit demi sedikit, berhati hati juga agat tidak menarik kulit arnab terlalu kuat. Ia mungkin mengambil masa yang lama dan berkali kali untuk membuang gumpalan bulu tersebut.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah arnab perlu dimandikan?

TIDAK. Arnab tidak perlu dimandikan seperti memandikan kucing atau anjing. Ini kerana merendam arnab di dalam air boleh mendatangkan stress kepada arnab. Jika arnab anda betul betul kotor hanya basuh ditempat yang betul betul kotor. Ataupun lap dengan mengunakan tuala yang dibasahkan. Hanrus diingat juga bulu arnab mengambil masa yang lama untuk kering. Sekirannya arnab anda tidak stress bolehlah mengunakan pengering rambut (Blow Dryer) pada suhu yang rendah dan tidak terlalu panas. Bunyi alat pengering rambut ini juga boleh mendatangkan stress. Jadi sebagai alternatifnyer lapkan arnab dengan mengunakan beberapa helai tuala yang bersih.
Atau anda boleh mengunakan dry shampoo yang memang dikhaskan untuk membersihkan arnab tanpa perlu membasahkan atau memandikannya dengan air.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MEMOTONG KUKU

Memotong dan memastikan kuku arnab pendek adalah baik untuk anda dan juga arnab. Baik bagi anda kerana anda tidak akan mengalami luka tercalar ketika anda megendalikan arnab dan baik untuk arnab kerana ia dapat mengelakkan Sore Hock dari berlaku.
Periksa kuku arnab seminggu sekali dan potong sekiranya kelihatan panjang. Harus diingat anda harus lah memotongnya dengan betul, ini adalah kerana kuku arnab mempunyai salur darah.