Arnab Lion Head
Arnab lion head merupakan antara baka arnab domestik yang terbaru dihasilkan walaupun belum dikenalpasti secara sah oleh American Rabbit Breeders' Association (ARBA) . Arnab lion head mempunyai surai atau bulu panjang di belakang kepala yang dikenali sebagai "mane" sebagaimana singa jantan bersesuaian dengan namanya. Karektor lain bagi lion head termasuklah bentuk kepala yang bulat dan bersaiz kecil, biasanya 2.5 - 3.5 pound. Selain itu, telinganya agak pendek dan lebih tebal berbanding kebanyakan arnab jenis lain.
Arnab lion head berasal dari Belgium. Ia dilaporkan telah terhasil oleh kegiatan pembiak baka yang ingin menghasilkan arnab katik (dwarf) yang berbulu panjang melalui pembiakan silang antara Swiss Fox dan Belgian dwarf. Arnab lion head mendapat sambutan menggalakkan dan lebih popular daripada arnab katik berbulu panjang. Oleh itu pembiak baka memberi tumpuan lebih serius dalam menghasilkan arnab jenis ini.
Arnab lion head mempunyai badan yang kecil, berkepala agak bundar walaupun tidak kelihatan begitu bulat dari semua sudut beserta bentuk rahang, dagu dan hidung yang kemas. Kakinya sederhana panjang dengan binaan tulang yang sederhana juga. Telinga arnab lion head tidak melebihi 3 1/2 inci panjangnya. surai sekurang-kurangnya sepanjang 2 inci di seluruh keliling bahagian kepala mengunjur ke belakang leher seperti huruf "V". Sebahagian surai berjuntai di hadapan bahagian tengah kepala antara dua telinga sebagai remos (fringe) membentuk seperti topi bulu (wool cap) yang juga dikenali sebagai "crown". Sesetengah arnab lion head jelas menampakkan bulu lebih panjang di bahagian pipi dan dadanya. Arnab lion head biasanya kelihatan diliputi bulu lebat yang sederhana panjang di kebanyakan bahagian badannya malah ada yang meliputi keseluruhan badannya apabila mencapai usia dewasa.
Baka ini telah dikenalpasti sejak tahun 2002 oleh British Rabbit Council dan buat masa ini ia mempunyai status "Certificate of Development" dengan American Rabbit Breeders' Association (ARBA). Pembentang untuk baka ini ini sekarang ialah Theresa Mueller dari Seattle, WA dan beliau akan membuat pembentangan pertamanya di 2010 ARBA Convention di Minneapolis, MN pada bulan November ini. Theresa perlu menjayakan tiga pembentangan dalam tempoh 5 tahun seterusnya supaya baka ini mendapat perakuan status baka dikenalpasti oleh ARBA. Pemegang COD (COD holders) sebaris dibelakang Theresa termasuklah Dawn Guth (OH), Lynne Schultz (NE), Lee A. Nevills (IN), Anita Moore (IN), Regina Mayhugh (OH), dan Kim Croak (PA).
--------------------------------
Manes
Bagi sesuatu jenis baka arnab lion head, secara tipikalnya, "mane" adalah tebal, "woolly" dan lembut dengan banyak "crimping" yang jelas kelihatan. Bergantung kepada set gen yang diwarisi oleh seseekor arnab lion head, ia boleh memiliki set surai berganda (2 mane genes), set surai tunggal (1 mane gene), atau surai sifar (0 mane genes).
--------------------------------
Single maned
Arnab Lion Head Surai Tunggal (Single maned lionhead rabbits)
Mempunyai mane di sekeliling kepala, telinga, dagu dan kadang kala di bahagian dada. Gen untuk surai tunggal ialah Mm. Biasanya bulu surai ini menyusut atau berkurangan apapila arnab ini semakin meningkat usianya.
--------------------------------
Double maned
Arnab Lion Head Surai Berganda (Double maned lionhead rabbits)
Arnab lion head surai berganda mempunyai bulu surai yang biasa di keseluruhan keliling kepala dan sebahagiannya mempunyai bulu peralihan (transitional wool) di bahagian paha dan sekitar bahagian sukuan belakang hingga ke ekor tetapi bukan pada ekor yang biasanya dipanggil "skirt". Penggemar lion head di barat menganggap "skirt" sebagai sesuatu yang tidak diingini (undesirable) bagi tujuan pertunjukan.Gen untuk surai berganda (double mane) ialah MM.
--------------------------------
No maned
Arnab Lion Head Surai Sifar (No maned lionhead rabbits)
Arnab lion head surai sifar tidak memiliki surai. Ia kelihatan seperti arnab biasa atau kelihatan seperti arnab Netherland Dwarf besar. Gen bagi baka jenis ini ialah mm.