Blogger Templates

Pemakanan Arnab

Pemakanan arnab

Makanan Pellet


Mengandungi segala zat untuk pertumbuhan arnab sekurang2nya pada kuantiti minimum.
Bagi induk betina dewasa, 120 g / hari / ekor,
penjantan dewasa 60 g / hari / ekor,
anak arnab sebanyak 50 ke 100 g / hari / ekor.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Makanan Hijau


Rumput2.sayuran & dedaun-kangkung, sawi, lobak, ubi kayu, kacang panjang, daun keledek, daun kacang tanah, daun & batang jagung, daun betik etc
Makanan tersebut tidak boleh diberikan dalam bentuk segar (selepas dipetik daripada pokok), sebaliknya perlu dilayukan terlebih dahulu untuk mengurangkan kandungan air di dalamnya. Proses melayukan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kandungan serat malah dapat menghilangkan getah atau racun yang boleh menyebabkan arnab mengalami kekejangan atau cirit -birit.
Seekor arnab memerlukan 1 kg sumber makanan hijau yang diperolehi daripada sisa sayuran atau dedaun. Arnab pedaging secara genetiknya mempunyai saiz yang besar dan mampu menghabiskan sehingga 1.5 kg makanan setiap hari. Ini berikutan dengan kandungan air yang terkandung adalah 90% dan ia terlalu besar berbanding dengan sumber nutrien yang amat diperlukan oleh arnab.
Air kencing arnab mengandungi kandungan nitrogen (N) yang tinggi ( sesuai untuk dibuat baja tetapi perlu dicampur dengan air).Kandungan nitrogen yang diterangkan oleh bakteria akan meningkatkan kandungan gas ammonia yang berbau busuk di sekitar sangkar.Dalam penternakan secara intensif, sumber makanan pellet yang diperlukan ialah 60 ke 80% dan selebihnya adalah bahan konsentrat dan bahan hijau.

Perhatian!: Bertentangan dengan pendapat popular umum, lobak merah seharusnya tidak boleh dijadikan sebahagian besar kandungan diet arnab anda. Lobak merah mengandungi kandungan gula yang tinggi dan seharusnya cuma diberi sebagai kudapan/sampingan sahaja. Jadi jangan terpengaruh dengan kartun untuk memberi seratus-peratus arnab anda lobak merah,

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rumput kering atau hay

Alfafa Hay

Timothy Hay

Rumput kering atau rami (hay) merupakan rumput awet yang dipotong menjelang musim berbunga. Rumput ini dikeringkan secara berperingkat sehingga kandungan gizinya tidak rosak, sekaligus dapat meningkatkan jumlah kandungan seratnya.
Antara rumput kering ini adalah rumput gajah, pucuk tebu atau rumput di padang yang dipotong semasa menjelang musim berbunga. Antara faktor yang menyebabkan arnab menggemari makanan ini kerana ia mempunyai rasa yang manis serta kandungan serat yang tinggi. daun2 jenis kekacang yang dilayukan dan dikeringkan seperti hay juga amat disukai arnab. Makanan ini amat sesuai ketika musim panas dan kering berpanjangan dan ia dapat mengatasi masalah cirit-birit dengan menghentikan pemberian makanan utamanya iaitu pellet.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BIJI-BIJIAN


Berfungsi sebagai sumber makanan yang boleh meningkatkan daya ketahanan arnab. Amat diperlukan oleh arnab yang bunting dan yang sedang menyusukan anaknya. Antaranya adalah jagung, padi, gandum, bijan, kacang soya, kacang tanah dan kacang hijau.
Biji-bijian ini tidak boleh diberikan secara terus kepada arnab, ia perlu ditumbuk atau digiling terlebih dahulu. Sukatan yang diberikan adalah 200 ke 300 gram sehari.Untuk penjimatan kos, ia boleh diselang-selikan dengan makanan utama, hampas kelapa, hampas tauhu atau hampas kacang soya.
Menurut pengalaman beberapa penternak, berat arnab yang berumur 4 bulan hanya mencapai 1.5 kg sekiranya makanannya hanya berupa sumber hijau semata-mata, sebaliknya jika dicampur dengan sumber ini, beratnya mampu mencapai sehingga 4 kg. Pemerhatian ini dilakukan ke atas baka New Zealand White, Californian dan beberapa baka arnab pedaging yang lain.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umbi-umbian


Antaranya adalah keledek, ubi kayu, ubi kentang dan makanan umbi yang lain. Untuk umbi ubi kayu, ianya perlu direbus terlebih dahulu atau dikeringkan sebelum diberikan untuk menghilangkan getahnya. Ubi kayu yang telah dikering perlu ditumbuk sebelum diberikan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

konsentrat


Makanan ini diberikan adalah untuk meningkatkan sumber nutrien makanan dan ia juga dapat mempermudahkan penyediaan makanan. Ia berfungsi sebagai makanan tambahan dan meningkatkan daya ketahanan haiwan. Antara makanan konsentrat tersebut adalah bran, hampas kelapa, hampas kacang tanah, hampas tauhu, hampas ubi kayu dan sebagainya .

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk pengetahuan semua buah buahan hanya boleh diberi
seminggu sekali sahaja untuk memberi zat tambahan.
tidak sesuai buah buahan dijadikan diet harian
kerana boleh menyebabkan arnab sakit cirit
serta menyebabkan kurang active dan bulu gugur.

Dengan mengamalkan dan mengajar arnab dengan cara-cara
permakanan yang perbagai.ini bagus untuk masa-masa
kecemasa apabila sesuatu makanan kehabisan.jika
tidak mengamal dan mengajar arnab dari kecik mungkin
apabila besar dia tidak memakan pelbagai makanan
yang mempunyai zat dan vitamin sampingan.